PANDA.BIRU: Mermaid Melody

Sunday, November 30, 2014

Mermaid Melody


                               

Cerita ini menjadi kegemaran Ana sejak dari tadika lagi. Itupun Ana lupa pasal cerita ni. Sebaik Kakao dengan Shokora ceritakan pasal anime ni.
Cerita ni pasal mermaid dari 7 lautan cuba menyelamatkan lautan dari ancaman musuh iaitu panthalassa. Mula-mula, cerita ni pasal Luchia (pink) cari mutiaranya untuk bertukar dari ikan duyung ke transform seperti gambar di atas. Alah, ala-ala transformerlah. Dan dalam episod akhir, Luchia dan kawan-kawannya Hanon (biru) dan Rina (Hijau) dapat mengumpulkan 6 mermaid di istana Gaito, ketua panthalassa. Tapi, Sara (oren) tidak mahu bekerjasama atas dendamnya dahulu. Atas suka Hanon terhadap Mitsuki-sensei (penyebab Sara), akhirnya mermaid ke-7 dah kembali. Tahu apa terjadi selepas tu ? 
Datanglah Aqua Regina-sama ketua 7 lautan muncul memberi bantuan. Selepas itu, Sara memutuskan bahawa dia perlu bersama Gaito yang selama ini telah menjadi peneman sejak dia tidak menjadi mermaid Indian Ocean. Mutiaranya diberikan kepada Luchia untuk menjaganya sementara mermaid Indian Ocean penggatinya dilahirkan semula.
WATAK-WATAK:


NANAMI LUCHIA

   Pink pearl Mermaid. Princess kepada North Pacific Ocean. Seorang perempuan yang happy go lucky. Merupakan watak yang selalu keluar dalam anime ni. Dan watak yang paling Ana dan Kakao suka ^^ Seperti Ana cakap, anime ni mula-mula mengenai Luchia mencari mutiaranya di alam manusia bersama haiwan peliharaannya, Hippo seekor penguin. Luchia mencari Kaito kerana tujuh tahun dahulu, dia telah memberikan mutiaranya kepada Kaito untuk menyelamatkannya daripada ribut angkara Sara. Waktu tulah yang Sara berdendam terhadap hidupan akuatik sehingga telah menyebabkan kerajaannya, Indian Ocean telah dirobohkan.

Selepas dia mendapat mutiaranya, dia pun pergi ke sekolah dalam bentuk manusia. Dia pun terkejut apabila ternampak Kaito. Tapi, Kaito tidak tahu yang Luchia ketika itu ialah mermaid dalam tujuh tahun lepas sehingga melepasi banyak episod. Episod akhir baru dia tahu. Waktu tu Ana nak ketukkan kepala kat henfon sebab geram. Kenapalah lama sangat kau nak tahu Luchia tu mermaid ? 

EXTRA INFORMATION: Mermaid tak boleh bagitahu yang mereka adalah mermaid kepada manusia atau mereka akan menjadi buih. Sama je macam cerita The Little Mermaid.





Luchia dalam mermaid form.





Transform pertama selepas mendapat mutiaranya.




Transform kedua selepas mendapat kuasa dari Aqua Regina-sama.



Luchia human form dalam uniform sekolahnya.









Waktu ni Gaito cuba tangkap Luchia ketika hari jadinya di kerajaanya dalam mermaid form.
Luchia waktu kecil 7 tahun lepas. Waktu ni kali pertama dia jumpa Kaito.


HOSHO HANON

Blue pearl mermaid. Ni pula princess dari kerajaan South Atlantic Ocean. Watak yang comel, peramah dan 'berani' dalam lakukan semua benda. Watak ni boleh tahan jugalah keluarnya. Tapi, ni watak paling Ana muak. Sebab Hanon gedik ! Walaupun dia biru, tapi Ana tetap tak suka dia. Hohoho... Kakao dengan Shokora pun tak suka dengan Hanon. Boikot Hanon ! Pandai-pandailah korang tengok perangai dia kat anime ni. Memang... hish malas nak cakap.

Cerita ni bermula bila dia jumpa Luchia kat sekolah. Sejak tu diorang sama-sama. Tapi waktu tu Luchia tak tahu pun Hanon tu mermaid juga macam dia. Lepas tu, ada satu perlawanan dengan musuh dioranglah... Ana lupa nama kumpulan musuh tu. Luchia dalam masalah lepastu taadahh .... Hanon datang bantu. Sejak tu mulanya Hanon dengan Luchia sebagai mermaid...

EXTRA INFORMATION: Ana cuma suka comel dia je...
                                                                    
                                                                                    
Hanon dalam bentuk mermaid.

Hanon dalam transform pertama waktu selamatkan Luchia.

Hanon dalam transform ke-2.

Dalam bentuk manusia.

Dalam seragam sekolah.

Waktu Hanon ikut pertandingan 'Ratu Pantai'

Meru, rakyat dari kerajaan Hanon minta bantuan Hanon cari ibunya.



TOUIN RINA

Green pearl mermaid. Princess dari North Atlantic Ocean. Ni watak kedua Ana suka. Shokora pun suka watak ni. Rina ni tomboyish dalam anime ni. Sampaikan kat sekolah pun pakai baju seragam lelaki. Dia paling suka tengok cerita lawak. Watak paling suka tengok TV.

Dia keluar sejak dia transfer kat sekolah Luchia dengan Hanon.  Waktu tu dia tak mesra alam langsung. Ada satu masa dia ingat Kaito tu Gaito. Yang ni nantilah cerita. Lepas tu lama-lama Rina pun berkawan dengan Luchia dan Hanon. Ada cerita kisah dia dengan satu mermaid iaitu Noel, indigo pearl mermaid. Yang Noel korbankan diri untuk selamatkan Rina dari kena tangkap dengan Gaito. Sebab tulah, adik Noel, Karen purple pearl mermaid benci kat Rina. The End...


Rina dalam bentuk mermaid.

Rina dalam transform pertama waktu dia selamatkan Luchia dan Hanon.

Rina dalam transform ke-2.

Rina bentuk manusia dalam seragam lelaki. Kira bagus dia pakai seragam lelaki. Kalau dia pakai seragam sekolah macam Luchia dengan Hanon (Tengok gambar Luchia), nak ketawa 7 keturunan. Maaf, memang Ana kerjanya menge'judge' je...
Rina waktu nak lawan Gaito. Waktu tu, Gaito guna kuasa buat Rina, Hanon dan Luchia pakai baju lebih 'mewah' katakan bila diorang masuk istana dia. Alaa... konon-konon menyambut mereka dengan mesra.
Waktu dia nyanyi. Sorry kabur...



DOMOTO KAITO

Princess.... Huh, princess ? Silap, raja or king kepada kerajaan panthalassa. Watak yang suka mengusik tapi kadang-kadang seram bila dia marah. Cerita ni mula bila Kaito jumpa Luchia selepas tujuh tahun mereka jumpa lepas ribut. Tapi, dia tak tahu yang Luchia yang dia jumpa tu sebenarnya ikan duyung yang dia jumpa waktu kecik. Seperti Ana cakap or tulis, episod akhir baru dia tahu. Nak kena hempuk kepala laki ni kat dinding -_-

Kaito sebenarnya adik kembar Gaito, musuh utama mermaid termasuk Luchia, Hanon dan Rina. Tengah-tengah episod baru dia bagitahu kenapa Gaito boleh ada kat laut sedangkan Kaito kat alam manusia. Sebenarnya, Aqua Regina-sama permaisuri  kepada semua hidupan akuatik pisahkan diorang sebab Aqua Regina-sama tak cukup kuat nak kalahkan panthalassa. Itulah sebabnya... Tapi akhirnya, Gaito dengan Kaito dapat berbaik.



Kanan Gaito abang kepada Kaito sebelah kiri. Bolehlah sama.


Waktu dia jumpa Luchia dalam manusia buat pertama kali. Tapi, waktu ni dia tak tahu yang Luchia tu mermaid yang dia pernah jumpa.


Kaito waktu kecik tujuh tahun lepas. Kali pertama jumpa Luchia. Itu pun dalam bentuk mermaid. 

Waktu Kaito selamatkan Luchia dari Gaito waktu hari jadi Luchia di kerajaannya.

Dalam seragam sekolah


Kaito dalam baju raja panthalassa waktu nak berlawan dengan abangnya. Waktu ni dia dah tahu Luchia tu mermaid.

Kaito waktu surfing. 


Waktu jadi putera dalam persembahan 'The Little Mermaid'

Waktu kuasa panthalassa keluar.


GAITO

Abang kembar Kaito merangkap raja panthalassa. Seorang raja yang sendirian. Gunakan kuasanya unuk menghidupkan ikan-ikan kepada manusia untuk mengambil mutiara dari mermaid. Nama kumpulannya adalah Dark Lovers. Dia baru dapat tangkap dua mermaid, Noel indigo mermaid dengan Coco yellow mermaid. Lepas dah lama tak dapat-dapat lagi, Gaito pun hidupkan dua adik-beradik dari ikan pirahna Black Beauty Sister.

Gaito nak tunaikan hajat Sara, oren mermaid untuk menakluki lautan sebagai balas dendam dia pada tujuh tahun lepas. Tapi, akhir-akhirnya Gaito marah sebab Sara dah kembali untuk bersama-sama dengan mermaid yang lain untuk berlawan dengannya. And then, istana Gaito pun hampir tenggelam tapi Gaito tak nak lari sebab dia perlu berada di situ sebagai raja panthalassa sendirian. Ana tak tahu Gaito masih hidup ke tak.


Waktu Gaito sedih Sara dah tak sekutu dengan dia.

Bila Sara janji nak bersama dengan Gaito bila istana Gaito tenggelam.

Comel tak Gaito tidur ? :P

Yuuri, dark lovers yang paling comel. Ana syorkan tengok episod pasal dia dengan Hippo. Best ! Lagipun, dia watak dark lovers paling Ana suka.

Maria, dark lovers yang paling dihormati oleh Gaito sebab dia paling kuat. Satu sebab lagi ialah kerana dia ialah paling tua kat kumpulan tu :P


Izuru, dark lover yang paling panas baran. Tapi, kadang-kadang dia suka ambil berat terutama pasal Yuuri. Harap maklum, Yuuri paling muda.

Eriru, dark lovers yang paling merimaskan. Boleh bertukar-tukar ekspresi seperti marah dengan gembira dengan memusing-musingkan badannya.


Sebelum Sara menjadi Black Mermaid Princess iaitu Orange mermaid princess kepada Indian Ocean, dia kelihatan sangat prihatin dan penyayang, memandangkan hubungan dia dengan Taro Mitsuki. Selepas Taro meninggalkan dia kerana mengetahui bahawa Sara ialah mermaid, Sara marah sangat-sangat kerana dia adalah seorang mermaid lagi-lagi princess dan telah menyebabkan kemusnahan kerajaannya sendiri. Waktu tulah ribut ada dan menyebabkan ibu bapa Kaito kat dunia manusia mati lemas. Ribut itu jugalah membuatkan Coco (kuning) ditangkap oleh Gaito. Lepas tulah, Sara berhenti dari menjadi mermaid princess kepada kejahatan (tengok gambar).  Dia pun dah benci pada manusia... 

Dia pun pergilah istana Gaito. Satu masa, Sara meminta Gaito supaya menunaikan permintaannya iaitu menakluki lautan atas dendamnya sendiri. Sara pun 'menculik' Taro ke istananya. Tak lama kemudian, meliha Hanon terlalu menjaga Taro dia pun teringat memori lamanya sehingga dia menyesal dan kembali kepada Orange mermaid princess. Sara pun cubalah pujuk Gaito supaya memberhentikan permintaannya tapi disebabkan Gaito marah Gaito pun hampir-hampir membunuh Sara. Akhir-akhir, Sara mengembalikan mutiaranya untuk dijaga kepada Luchia sebab Sara perlu bersama dengan Gaito yang kesunyian...

Waktu Sara marah sehingga buatkan dia keluar dari sekumpulan mermaid princess.

Sara Black mermaid dalam bentuk ikan duyung.

Waktu Sara dalam kejahatan dalam bentuk human form.

Sara menyanyi nak selamatkan Luchia, Hanon dan Rina daripada tsunami melanda di tempat Taro buat persembahan piano.

Sara Orange Mermaid Princess.


Sara dalam transform waktu dia dah masuk balik jadi mermaid.


SEKIAN TERIMA KASIH....






























No comments: