PANDA.BIRU: Beginning for Kpopperz ~!

Friday, August 28, 2015

Beginning for Kpopperz ~!


Hye hye ! Selamat pagi ! Ohayou (abaikan ejaannya~) ! Semua sihat ? Tak sihat sila makan ubat yang pahitnya boleh tahan. Baca entri Ana tak mampu ubati kesakitan anda. Sesungguhnya, entri Ana bukannya pengubat hati anda yang sudah lara.

Merapu kejap :P

Tahu kenapa Ana letak gambar Magis Manis Coklat kat atas ? Hehehe.. saja-saja je. Yang laki tu nama Kakao, yang rambut purple tu Shokora. Macam pernah dengar kan ?? Kalau tak ingat apatah lagi yang memang tak pernah dengar langsung, silalah RUJUK < di sebelah.
Waktu tu kami-kami minat anime. Sekarang dah berubah. Cuma Kakao sahaja yang minat anime 100%. Shokora dengan Ana ? Jeng-jeng-jeng !! Mix blood (ayat Shokora) iaitu KPOP & JPOP.
KPOP ? Ok sediakan popcorn untuk mendengar citer beginning kami meminati KPOP. Takda popcorn takpa. Siapa tidak sudi mendengar, sila tekan 'X' di window anda dan buatlah apa sahaja yang anda mahu. Ana tak paksa dan tidak mahu pembaca jadi paksarelawan. Sesungguhnya, hidup di muka bumi ini perlulah merdeka. Tambahan pula, memang dah nak dekat hari Kemerdekaan. Jadi Ana tidak kisah dan tidak peduli apa yang korang-korang mahu buat.
Permulaan citer ini datang daripada Shokora sendiri yang dulunya BOIKOT KPOP tersangat kini menjadi Shawoll iaitu peminat kumpulan SHINee. Citernya yang Ana ingat-ingat lupa, dia mula-mula hanya tengok MV View sahaja. Dan apabila 'ter'minat Minho SHINee tu, mulalah dia menganalisis SHINee sejak hari tu.
Dan disebabkan Shokora tu kawan baik Ana, maka terpiaslah virusnya kepada Ana. Tapi Ana tak minat SHINee. Sebaliknya Ana minat BEAST !! 
Beast 1230

Walaupun korang tidak nampak dengan jelas muka ahlinya, tapi bagi Ana gambar ni nampak SMART, COOL and FANTASTIC. 

Mulanya, kawan Ana yang kiut-miut nama samarannya Ila bagi Ana lagu korea yang dia ada. Dan banyak-banyak lagu tu, Ana paling suka Gotta Go to Work. Sebab rentaknya nampak ... pandai-pandailah korang bagi pendapat. 

Ana suka Beast sebab bila diorang buat comeback stage, lagu sedih diorang akan berusaha buat reaksi yang sungguh menyayat hati (cewah!). Kalau lagu yang 'up' macam lagu YeY, diorang santai. Dan pakaian diorang nampak sesuai dengan personaliti dan MVnya. Suara setiap ahli pun berbeza setiap orang. Ada suaranya sesuai untuk sedih, ada yang nampak COOL, ada yang rappernya nampak SMART dan ada juga suaranya sesuai untuk semua.

Melt ~~~~

Okeylah nak citer panjang pasal Beast pun memang panjang. Lagipun Ana sekarang kena siapkan kerja rumah. Selepas dah siap, Ana sambung entri lain. InsyaAllah. 

Sekian Terima Kasih!

No comments: